Persembahan pancaragam - Karnival Serdang 2012
Thursday, 13 December 2012
Tuesday, 11 December 2012
Monday, 3 December 2012
Penjodoh Bilangan
- Penjodoh bilangan ialah perkataan
yang digunakan sebelum kata nama dan digunakan untuk menyebut bilangan manusia,
haiwan, benda, dan tempat.
- Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama kata bilangan.
-
Penjodoh bilanganPenggunaanContohAngkatanUntuk kumpulan manusia atau bendaPenulis, pelukis, tentera, kapal perangBarisUntuk benda-benda atau manusia yang berbarisMurid, pokok, kedai, tulisan, askarBatangUntuk benda-benda yang panjang, bulat dan kerasPensel, jalan, sungai, pokok, tiangBentukUntuk benda yang melengkungCincin, mata kail, subangBerkasUntuk benda yang telah diikat atau diberkasBuluh, kaya, lidi, ranting, rotanBidangUntuk benda yang lebar dan rataSawah, tanah, tikar, permaidani, layarBijiUntuk benda yang kecil dan bulatBuah-buahan, bola, guli, telur, cawanBilahUntuk senjata atau besi yang tajamKeris, parang, lembing, pisau, kapakBuahUntuk benda yang padu dan tidak mempunyai bentuk tetapKampung, pulau, tasik, basikal, kilangBukuUntuk benda yang berbuku atau berketulSabun, benang, rotiBungkusUntuk benda yang sudah dibalutNasi lemak, gula, biskut, rotiButirUntuk benda yang kecil dan bulatManik, batu, permata, peluru, telurCarikUntuk benda yang dikoyakkanKain, kertasCebisUntuk benda lembut yang dipotongKain, kertasCekakUntuk benda yang dapat dicekakBatang padi, tangkai seraiCubitUntuk benda yang diambil sedikit sahajaGaram, gula, isi ikan, nasiCucukUntuk benda yang dicucuk dengan lidiSate, buah-buahanDasUntuk bunyi letupan atau tembakanPistol, meriam, senapangDeretUntuk bangunan yang berderetKedai, rumah, tiangEkorUntuk haiwan dan seranggaBurung, harimau, kupu-kupu, ikanGelungUntuk benda panjang yang bergelungDawai, rotan, tali, wayarGemalUntuk benda yang dikumpulkan dan diikatPadi, rumputGenggamUntuk benda yang digenggam dengan tanganBeras, pasir, tanah
Kata Sendi
- Kata sendi digunakan untuk
menghubungkan kata-kata atau rangkai kata supaya membentuk ayat yang lengkap.
- Kata sendi nama berfungsi untuk menyatakan arah, tempat, masa, sumber, dan sebagainya
- Kata sendi digunakan di hadapan
kata nama atau kata ganti nama.
Kata Sendi
|
Penggunaan
|
Ayat Contoh
|
Di
|
Untuk tempat
|
Kemalangan itu berlaku di simpang sana.
|
Ke
|
Untuk tempat dan arah serta benda yang tidak bernyawa
|
1. Tan Cheong berbasikal ke bandar.
2. Kotak itu dimasukkan ke dalam stor.
|
Kepada
|
Untuk orang atau benda yang abstrak kecuali masa
|
1. Encik Sundram membuat aduan tentang kecurian di pejabatnya kepada
pihak polis.
2. Suhu hari ini meningkat kepada 39°C.
|
Oleh
|
Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di-
dan ter-
|
1. Pokok itu ditanam oleh datuk saya.
2. Kami terpikat oleh pemandangan yang indah di tasik itu.
|
Dengan
|
Untuk menunjukkan makna bersama-sama, perbandingan,
cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat
|
1. Sui Mui ke pejabat dengan kawanya.
2. Farid sama tinggi dengan Ah Heng.
3. Bas itu bergerak dengan perlahan.
4. Ayah menebas rumput dengan sabit.
|
Bagi/untuk
|
Untuk sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
|
1. Anak patung itu untuk adik.
2. Masalah itu sangat rumit bagi Yasmin.
|
Pada
|
Untuk masa, benda, manusia, dan haiwan
|
1. Pertunjukan itu akan bermula pada pukul lapan.
2. Karim melekatkan gambarnya pada borang itu.
|
Subscribe to:
Posts (Atom)