Thursday, 13 December 2012

Karnival Serdang


                                           Persembahan pancaragam - Karnival Serdang 2012

Perpustakaan



                                       Murid-murid sedang membaca buku di perpustakaan

Simpulan Bahasa



Monday, 3 December 2012

Penjodoh Bilangan



  1. Penjodoh bilangan ialah perkataan yang digunakan sebelum kata nama dan digunakan untuk menyebut bilangan manusia, haiwan, benda, dan tempat.
  2. Penjodoh bilangan digunakan bersama-sama kata bilangan.
  3. Penjodoh bilangan
    Penggunaan
    Contoh
    Angkatan
    Untuk kumpulan manusia atau benda
    Penulis, pelukis, tentera, kapal perang
    Baris
    Untuk benda-benda atau manusia yang berbaris
    Murid, pokok, kedai, tulisan, askar
    Batang
    Untuk benda-benda yang panjang, bulat dan keras
    Pensel, jalan, sungai, pokok, tiang
    Bentuk
    Untuk benda yang melengkung
    Cincin, mata kail, subang
    Berkas
    Untuk benda yang telah diikat atau diberkas
    Buluh, kaya, lidi, ranting, rotan
    Bidang
    Untuk benda yang lebar dan rata
    Sawah, tanah, tikar, permaidani, layar
    Biji
    Untuk benda yang kecil dan bulat
    Buah-buahan, bola, guli, telur, cawan
    Bilah
    Untuk senjata atau besi yang tajam
    Keris, parang, lembing, pisau, kapak
    Buah
    Untuk benda yang padu dan tidak mempunyai bentuk tetap
    Kampung, pulau, tasik, basikal, kilang
    Buku
    Untuk benda yang berbuku atau berketul
    Sabun, benang, roti
    Bungkus
    Untuk benda yang sudah dibalut
    Nasi lemak, gula, biskut, roti
    Butir
    Untuk benda yang kecil dan bulat
    Manik, batu, permata, peluru, telur
    Carik
    Untuk benda yang dikoyakkan
    Kain, kertas
    Cebis
    Untuk benda lembut yang dipotong
    Kain, kertas
    Cekak
    Untuk benda yang dapat dicekak
    Batang padi, tangkai serai
    Cubit
    Untuk benda yang diambil sedikit sahaja
    Garam, gula, isi ikan, nasi
    Cucuk
    Untuk benda yang dicucuk dengan lidi
    Sate, buah-buahan
    Das
    Untuk bunyi letupan atau tembakan
    Pistol, meriam, senapang
    Deret
    Untuk bangunan yang berderet
    Kedai, rumah, tiang
    Ekor
    Untuk haiwan dan serangga
    Burung, harimau, kupu-kupu, ikan
    Gelung
    Untuk benda panjang yang bergelung
    Dawai, rotan, tali, wayar
    Gemal
    Untuk benda yang dikumpulkan dan diikat
    Padi, rumput
    Genggam
    Untuk benda yang digenggam dengan tangan
    Beras, pasir, tanah

Kata Sendi



  1.  Kata sendi digunakan untuk menghubungkan kata-kata atau rangkai kata supaya membentuk ayat yang lengkap.
  2. Kata sendi nama berfungsi untuk menyatakan arah, tempat, masa, sumber, dan sebagainya
  3. Kata sendi digunakan di hadapan kata nama atau kata ganti nama.
     

Kata Sendi
Penggunaan
Ayat Contoh
Di
Untuk tempat
Kemalangan itu berlaku di simpang sana.
Ke
Untuk tempat dan arah serta benda yang tidak bernyawa
1.       Tan Cheong berbasikal ke bandar.
2.       Kotak itu dimasukkan ke dalam stor.
Kepada
Untuk orang atau benda yang abstrak kecuali masa
1.       Encik Sundram membuat aduan tentang kecurian di pejabatnya kepada pihak polis.
2.       Suhu hari ini meningkat kepada 39°C.
Oleh
Digunakan selepas kata kerja pasif yang berawalan di- dan ter-
1.       Pokok itu ditanam oleh datuk saya.
2.       Kami terpikat oleh pemandangan yang indah di tasik itu.
Dengan
Untuk menunjukkan makna bersama-sama, perbandingan, cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat
1.       Sui Mui ke pejabat dengan kawanya.
2.       Farid sama tinggi dengan Ah Heng.
3.       Bas itu bergerak dengan perlahan.
4.       Ayah menebas rumput dengan sabit.
Bagi/untuk
Untuk sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
1.       Anak patung itu untuk adik.
2.       Masalah itu sangat rumit bagi Yasmin.
Pada
Untuk masa, benda, manusia, dan haiwan
1.       Pertunjukan itu akan bermula pada pukul lapan.
2.       Karim melekatkan gambarnya pada borang itu.